Persoalan yang semua orang rasa sukar dirungkai dengan cepat. Ada yang sanggup berputus asa kerana memikirkan bahawa tuah sentiasa tidak bersama mereka. Sebenarnya dalam semua benda pon kita kena berusaha. Tanpa usaha maka "doom" atau orang utara terutamanya kedah kata dok kat takok lama jugak.
Sebenarnya, apabila berbicara tentang tuah, percayakah anda bahawa setiap manusia di muka bumi ini bertuah? Mengikut teori kepala otak aku la.. Tuah itu datang dalam dua bentuk. Kenikmatan dan kesengsaraan.
Tuah dalam bentuk kenikmatan memang semua orang boleh nampak. Tetapi tuah dalam bentuk kesengsaraan itu orang selalu kata malang sedangkan kenyataan mereka sangat bertuah. Tuah dalam bentuk kesengsaraan merupakan sebaik - baik tuah.
Selalunya tuah jenis ini digambarkan seperti "pelangi yang muncul selepas hujan" atau "pokok kaktus yang berduri juga tumbuh bunga".
Tuah jenis sengsara akan memberikan hasil kemanisan yang berganda & ganjaran pahala kalau nak dibandingkan dengan tuah kenikmatan yang berisiko kearah "kehanyutan" jika tidak dibendung. Ingatlah kunci kejayaan sebuah kehidupan merupakan berkat kesabaran. Keperitan dapat diubati dengan tangisan. Jadi bersyukurlah dan tabahlah menerima mana - mana tuah anda terima.
Ingatlah, Tuah milik setiap insan kerana dirimu begitu berharga.. haha
Pstt:
Menjawab kepada persoalan tuah manusia siapa tahu? Well! Tuhan kan tahu tuah manusia? Jadi hentikan pertanyaan yang ***** ini! Peace :)
Terima Kasih kerana membaca!

2 comments:
Konklusinya kita semua bertuah!
tuah bersama duri yang berbunga atau yang memang dah terang-terangan.hanya perlu bersabar dan berfikir di luar kotak bukan?dan juga bijak mengambil peluang tentunya. :)
i'm lucky to have found this post.sejak belakangan ni rasa agak stres sebab rasa diri ni tak bertuah. hahaha
@littledolphin : hehe org yg tulis ni pon kadang2 rasa mcm tu jugak.. haha... ;)
Post a Comment