Recent Posts

Thursday, 2 May 2013

Piagam Pelanggan Buat Apa?! Perhiasan?

Assalamualaikum & Hello Readers!


Ahh~~~ lamanya aku tak menaip dalam blog ni.. Rindu kot.. Hampa rindu dak kat aku? *Love*

Ehem2...

Kita ni manusia memang mudah ye untuk berbicara daripada melaksana?! Memang menjadi sikap azali manusia ye?
Bukan apa.. kadang - kadang aku mempertikai juga sikap sesetengah manusia. Cakap tak serupa bikin.

Contohnya di tempat - tempat pejabat agensi -agensi awam terutamanya. Gantung piagam pelanggan bukan main cantik & gah. Ayat pulak dah la sempoi2 sampai nampak mulianya pekerja mereka.. Tapi bila mai waktu kita nak berurusan.. mak aiii... dah terbalik.. hat bunyi mulia tadi rupanya dalam  diam-diam mulut macam setan.. (=_=") Pasaipa pon tak tau depa tak boleh cakap elok - elok.. kalau yang jenis spesis aku ni mungkin la boleh faham konon2nya depa bendera merah kot (datang bulan) sebab tu la emosi tak stabil.

Tapi, Tak kesian ke mak cik, pak cik, datuk, nenek yang dah tua tu.. Dah la tak larat tunggu lama.. berejam pulak tu, Mai turn depa je.. terus kena hendik.. Aku memang marah la tengok situasi macam tu.. bagi aku kurang ajaq.. Umuq kalau kecik lain cerita.. ni dah tua bangka.. tak boleh belah bajet angkuh macam Accountant plak sedangkan kerja pon KERAni je.. aih..

Apa tujuan bersikap angkuh? Nak apa sebenarnya? Dapat apa? Pujian? Siapakah yang bodoh sangat untuk puji sikap sebegitu? Cuba soal diri... Cuba bersikap "normal" sedikit dalam melaksanakan tugas. Apa salahnya untuk bersikap mesra.. rugi sekupang ke kalau buat baik? 

Ingatlah wahai manusia.. Kitaran hidup seperti RODA... Ada kala kita melayan dan pasti akan ada ketika kita di layan.. Apa yang aku belajar ialah

LAYANLAH ORANG LAIN SEPERTI MANA KITA MAHU ORANG LAYAN KITA..  Kerana dalam kebanyakan agama termasuklah Islam percaya kepada konsep hukum Karma.

~Semoga menjadi pedoman~

Terima kasih kerana membaca.
.

Thursday, 3 January 2013

Isu Cinta Tahun Baru

Assalamualaikum & Hello Readers!

Selamat Tahun Baru buat pembaca sekalian!

Apakah semangat baru anda? Macam "lame" ja soalan ni kan?!

Tahun baru mengikut kalendar Masihi sudah menjelma.  Tahun 2012 sudah berlalu.. Wait! Bukan orang jangka kiamat tahun 2012 ke? Adakah Tahun 2013 dunia sudah beralih arah ke alam roh? Oh ya.. satu lagi isu.. Bulan 12 tahun lepas NASA yakin je heboh satu dunia yang bumi akan gelap selama 3 hari.... Ye depa jangka je.. tapi

Hahahahahahahahahahahahahahhaha *Gelak Triple LOL*

Satu pon tak tepat. Lagi tak boleh belah dalam Facebok ada je pelbagai status update bab bumi akan berubah selepas 2012. Hadis - hadis palsu tentang meteor akan jatuh bulan ramadhan 2012 lah dan sebagainya. Sekarang siapa malu? haaaaaa tanggung la sendiri.. hehe
Aku sebenarnya nak kongsi sedikit nasihat isu cinta.  Here it goes...

Tidak kira anda seorang lelaki atau perempuan. Sekiranya anda mencintai atau menyukai seseorang jangan pendam rasa. Beri "hint" secara kiasan pun merugikan. Kenapa? Sebab individu itu tidak akan memahami luahan anda. Mungkin dia jangka anda hanya sayang dia sebagai teman atau kawan rapat. Anda perlu berani meluahkan secara terus, mudah dan ringkas untuk difahami tentang mesej yang ingin disampai. Memang sukar untuk meluahkan dan yang paling ditakuti ialah DITOLAK.. Sedarkah anda bahawa belum cuba belum tau? Paling tragik apabila dah Melepas. Siapa rugi? Haaa..

Jangan jadikan kisah hidup anda sebagai sad story macam romeo and juliet.. Tragik giler.. 2 org tu mati. Last sekali habuk pon tak dak. Aku kupas isu ni pon sebab ada seorang member aku ni, dia kecoh - kecoh dalam FB katanya tengah dilema. Jangan jadi macam ni sudah la..

"When I see you with that other guy, I hide my tears and let my guitar cry"

Sangat tak cool weh..

Aku harap individu yang senasib dengan dia pakai la nasihat aku ok. Memang la aku ni langsung tak ada pengalaman bercinta & not available di Ebay.com tapi berdasarkan kisah - kisah benar dan movie cinta, aku rasa inilah yang terbaik..

Bercinta tu bercinta jugak ye kawan - kawanku... Jangan sampai Impian hidup atau cita - cita jadi lingkup sudah laa...

Terima Kasih kerana membaca (^^,)









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jom Usha2 Sini Jugak